Friday, October 24, 2008

Pergi Rumah KAK NADIAH

Salam diari.Semalam, saya pergi ke rumah Kak Nadiah bersama-sama K.yong, ibu dan ayah. Saya pergi rumah Kak Nadiah kerana mereka buat doa selamat di rumah Kak Nadiah. Acik Farihah dan Acik Zulkifli nak pergi Haji. Nanti Kak Nadiah dan Hannah tinggal di rumah MAK mereka di Seremban. Di rumah Kak Nadiah, saya makan banyakkkkk....! Sedappp! Selepas makan, saya main kejap di bilik Kak Nadiah. fuhh...heboh betul! Tapi seronoklah jugak. Acik Farihah bagi duit raya RM5.Lepas tu, mereka bagi air mineral sebelum balik. Ibu panggil "BALIKKKK!! Dah habis....................................bye...

Saturday, August 30, 2008

KEMERDEKAAN

Setiap tahun pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. perayaan ini disambut sebagai mengenang tarikh negara kita mendapat kebebasan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, jalur Gemilang akan dkibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, kedai dan rumah ( tempat tinggal )

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri Malaysia. Acara tersebut akan disetai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.



Tema Hari Kemerdekaan tahun 2009 : Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Thursday, August 28, 2008

Cerita Teladan - RAJA YANG BURUK SIKU

Pada satu hari, ada seorang Raja. Dia suka makan ikan. Semua penduduk di negeri itu tidak suka pada Raja tersebut kerana Raja itu kedekut. Pada satu hari, sungai ditutup kerana airnya kotor. raja tidak boleh makan ikan. Selepas itu, Raja itu dapat satu idea. Dia berkata " sesiapa yang mahu menderma ikan kepada Raja, sila pergi ke istana. "
Keesokan harinya, seorang pemuda bernama Sobondo datang. pegawai istana berkata " Hei! Ini ikan betul ke tidak ? mari saya tengok." Sobondo menjawab, " ini ikan betul." Apabila Sobondo masuk ke dadalam istana, dia memberi ikan kepada Raja. Raja itu memberi hadiah kepada Sobondo. Namun tiba-tiba Raja itu mengambil semula hadiah itu. Sobondo balik dengan tangan kosong.
Moral :
Jangan menjadi 'buruk siku' seperti Raja.

Maksud peribahasa 'buruk siku' : Mengambil semula barang / hadiah yang telah diberi kepada orang lain.

Info Ikan Jelawat :
Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii. Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar. Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand

Tuesday, August 26, 2008

Cerita teladan-Gagak Yang Baik Hati.

Info Burung Merak :
Burung Merak (bahasa Inggeris: Indian peafowl). Nama sainsnya Pavo cristatus.
Burung Merak adalah haiwan ber
darah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh burung Merak tidak bergigi.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor burung merak yang sombong.Merak merasakan dirinya paling cantik dan tidak mahu berkawan dengan haiwan lain.Ada juga burung gagak, bulu gagak hodoh. Merak ketawa "HAHAHA!!".

Ketika merak sedang mencari makan, kakinya terpijak perngkap yang dipasang oleh pemburu.Merak cuba melepaskan diri tetapi gagal.Bulunya dicabut oleh pemburu itu.Merak sangat menyesal dan terus menangis.Tiba-tiba gagak datang ke merak dan memujuknya.Merak amat terharu dan meminta maaf kerana selama ini dia bersikap sombong.
MORAL:
JANGAN MENJADI SEORANG YANG SOMBONG SEPERTI MERAK DAN JADILAH SEORANG YANG BAIK HATI SEPERTI GAGAK.

info burung gagak :
Burung Gagak adalah burung yang besar . Saiznya berbeza-beza antara Burung Jackdaw (Jackdaw Eurasia dan Jackdaw Daurian) yang agak kecil seolah-olah burung merpati sehingga ke Burung Raven Biasa yang besar di kawasan holarktik serta Burung Raven Paruh Tebal di tanah tinggi Ethiopia. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua benua beriklim sederhana (kecuali Amerika Selatan), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk Hawaii). Corvus brachyrhynchos

Monday, August 25, 2008

catatan 25 Ogos 2008

Hari ini mula sekolah lepas cuti. Biasaje lah. Cuma kak yong demam hari ini. Panas agaknya. hari ini aku seorang je yang pergi KUMON. Ibu yang hantar. Ibu nak pujuk supaya aku pergi KUMON. Kalau ikut hati memang malas nak pergi. Letih. Kerja rumah banyak sangat. tapi pergi jugaklah sebab ibu yang hantar. Thank you ibu. Aku nak tidur awal hari ini letih. tak sempat nak main game. Wassalam.


Ini burung count reggis




catatan 24 Ogos 2008

Hari ahad ni hanya main game saja. Ayah kata komputer lama dulu hanya untuk game saja. Aku main dengan adik. Kadang-kadang gaduh sebab tak puas hati dia asyik tak reti main tapi nak main. Puas jugalah main game. tapi bosan juga sebab game tu game lama. Harap-harap dapat beli game baru. Hari ini hujan je tak dapat main kat luar. Jadi main gamejelah. Ok bye.
( burung ini namanya princess stephenie )

Saturday, August 23, 2008

Pergi Ke MAHA


Pada Jumaat yang lalu, saya, Amjad,K.yong dan ibu pergi ke MAHA.Saya pergi ke tempat ternakan lembu,kuda dan kambing.Saya membagi makan seekor lembu dan kambing besar.Ada kambing dan lembu yang dari luar negara.Bila terdengar lembu India,adik saya terus gelak,GAGAGA!Ngah pesan suruh beli anak angsa/ayam belanda,tetapi tidak ada.Ngah pun cakap,"tak pe".