Saturday, August 23, 2008

Cerita Teladan -Burung Yang Sombong.

Pada suatu hari, tinggal dua ekor burung iaitu Sang Merbah dan Sang Murai. Semasa Sang Murai sedang membuat sarang, Sang Merbah ketawakan akan Sang Murai.Dia berkata, “Buang masa sahaja engkau membuat sarang tiap-tiap hari,HAHAHA!”.Sang Murai tidak menghiraukan kata-kata Sang Merbah.

Keesokan harinya, sarang Sang Murai sudah siap dan dia sedia untuk bertelur. Sepuluh hari kemudian, telur-telur itu sudah menetas. Sang Murai bermain-main dengan anak-anaknya. Sang Murai mempunyai 3 ekor anak. Sang Merbah datang kearah Sang Murai dan berkata, “Comelnya anak-anak kamu, eh apa yang aku cakap ni?” Sang Murai pelik akan kata-kata Sang Merbah.

Pada malamnya, hujan turun dengan lebat.Sang Murai dan anak-anaknya dapat berlindung di dalam sarang mereka manakala Sang Merbah pula tidak ada tempat untuk berlindung daripada hujan.Oleh itu, Sang Merbah basah kuyup.

MORAL:
Kawan-kawan,janganlah kita mempunyai sifat berat tulang seperti Sang Merbah.Malahan kita mestilah mempunyai sifat ringan tulang seperti Sang Murai.
Info Burung Merbah :

Burung Merbah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Merbah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merbah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan:
Sebagai burung, Burung Merbah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan:
Burung Merbah merupakan haiwan yang dilindungi di
Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Info Burung Murai :

Burung Murai Kampung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Kampung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Murai Kampung terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan
Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.


Cerita Teladan - Kancil Yang Bijak


Pada zaman dahulu, di sebuah hutan tinggal dua ekor monyet iaitu LILI dan LELE.Di sana juga ada seekor kancil yang bernama CIKAN. CIKAN melihat LILI dan LELE memakan buah rambutan diatas pokok rambutan.CIKAN mahu makan juga.CIKAN berkata "LILI dan LELE minta rambutan sikit boleh?" LELE menjawab, "Tidak boleh!"

Pada keesokan harinya, LILI dan LELE memakan buah rambutan sekali lagi.CIKAN mahu makan.Tiba-tiba CIKAN mendapat satu idea,CIKAN berkata kepada LILI dan LELE,"Pak Rimau suruh taburkan rambutan ke tanah kalau tidak,Pak Rimau akan makan kamu berdua." LILI dan LELE pun taburkan.CIKAN ketawa"HAHAHA,kamu berdua kena tipu."CIKAN pun makan puas-puas.


MORAL


JANGAN JADI KEDEKUT SEPERTI LILI DAN LELE.
Info tentang kancil :

Lesser Malay mouse deer tend to form monogamous family groups. Some are solitary. Mouse deer are very shy and try to remain unseen. They are usually silent; the only noise mouse deer make is a shrill cry when frightened (Jinaka, 1995). T. javanicus are most active during the night. Lesser Malay mouse deer travel thorugh tunnel-like trails of thick bursh to reach their feeding and resting sites, which are often in the cracks of rocks, hollow trees, and dense vegetation (Grzimck, 1994). The male mouse deer are territorial. Mouse deer regularly mark their territories, and their mates, using secretions from an intermandibular gland under the chin, an action that is usually accompanied by urinating or defecating (Nowak and Paradiso, 1983). Male mouse deer protect themselves, and their mates, against rivals by chasing or slashing them with their sharp canines. When threatened, lesser Malay mouse deer rapidly beat their hooves on the ground at speeds of up to 7 times per second, creating a 'drum roll' (Grzimck, 1994). Predators of the mouse deer include large birds and large reptiles (Nowak and Paradiso, 1983).

Kancil is a ruminant and has a three-chambered stomach (Lawlor, 1979). As ruminants, mouse deer use microorganisms that produce enzymes within the stomach to digest their food. In the wild, lesser Malayan mouse deer are commonly herbivores and folivores, eating leaves, buds, shrubs, and fruits that have fallen from trees. In zoos, mouse deer tend to eat insects as well as leaves and fruits (Nowak and Paradiso, 1983

Catatan 23 Ogos 2008

Assalamualaikum,

Hari ini aku pergi rumah Tok Busu di Tasik Kesuma Semenyih. Ada Tok Saudara aku dan makcik saudara aku dari Pasaman, Padang di Indonesia akan pulang ke Indonesia esok. Aku tak tahu sangat pasal Tok Saudara dari Indonesia ni tapi ibu aku cakap Onyang aku dulu asal orang Tolu di Indonesia. Apa pun kira ok lah aku ada saudara di Indonesia.

Tapi yang sedihanya, semasa aku nak balik, aku kena gigit oleh adik aku dalam kereta. Fuhhh.. sakit sungguh. Aku menangis sekuat hati. Ibu marah pada adik aku. Geram sungguh aku pada adik aku. Rasa nak tumbuk je. Tapi aku sedar dia kecil lagi masih belum faham. Oklah... mengantuk sangat ni. Nak tidur dulu. Byee. Wassalam

Cerita Teladan - TOGEL


Pada zaman dahulu ada seekor anak ayam yang tiada bulu bernama Togel. Togel tinggal bersama ibunya di bawah sebatang poko di hutan. Suatu hari pada musim tengkujuh, ibu Togel menyuruh mengambil kayu api dekat gua Pak Musang. Jadi Togel pun pergi mengambil kayu api tersebut. Sebelum Togel pulang, Pak Musang bertanya kepada Togel " Togel hari ini kau tidur kat mana?". Togel menjawab, " Saya tidur kat bawah sebatang pokok di hutan." Selepas itu Togel pun pulang. Ibu Togel bertanya kepada Togel, " Togel, Pak Musang ada tanya apa-apa tak?" Togelpun menjawab, " Ada. Pak Musang tanya kita tidur kat mana. Togel jawablah tidur bawah pokok." " Kenapa kau bagitahu tempat tidur kita, nanti Pak Musang datang makan kita."


Malam itu Togel dan ibunya bersembunyi di tempat lain. Malam itu juga Pak Musang datang hendak memakan Togel dan ibunya. Pak Musang mencari-cari Togel dan ibunya. Togel dan ibunya bersembunyi di dalam sebuah labu besar. Tiba-tiba Pak Musang terbau ayam. Pada masa yang sama Togel berkata pada ibunya, " Ibu Togel nak terkentutlah." " Jangan Togel, nanti Pak Musang dengar. Habislah kita jika Pak Musang jumpa kita," kata ibu Togel. " Tak tahan dah ini ibu," kata Togel lagi. " Tahan Togel tahan." " Tak tahan dah ni bu," kata Togel lagi. " Cubalah tahan sikit lagi," ibu Togel berkata pada Togel. " Ahhhh... ibu taka tahan dah ni," berkerut dahi Togel menahan kentut. Melihat Togel dah tak tahan menahan kentut, ibu Togel pun berasa kasihan dan berkata, " Kentutlah Togel." Mendengar saja kata-kata ibunya, Togel tanpa membuang masa terus kentut... Poittttttttttttttttttttt. Togel kentut sekuat hati. Oleh sebab Togel kentut terlalu kuat dan busuk, Pak Musang lantas terperanjat dan cabut lari. Maka selamatlah Togel dan ibunya.


Moral

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DAN PERCAYA DENGAN ORANG YANG TIDAK KITA KENALI, SENTIASA BERHATI-HATI.

Cerita Teladan - Monyet Yang Tak Dengar Kata Ibu


Pada satu hari disebuah hutan tinggal sekumpulan monyet. Seekor daripadanya bernama NYET. NYET suka melihat bulan setiap malam. Ibu NYET bertanya " Nak kenapa kamu suka tengok bulan ? " Pada malam itu, ibu NYET memberi tahu NYET untk tidur. Tetapi ... NYET tidak mahu juga. Selepas itu, NYET ternampak bayangan bulan di dalam air telaga. NYET mahu mengambilnya, tetapi NYET tidak sampai ... Tiba-tiba NYET terjatuh ke dalam telaga.


Moral

OLEH ITU KAWAN-KAWAN JANGAN IKUT SIFAT NYET ITU. KALAU KITA TIDAK DENGAR KATA IBU BAPA PASTI ADA BALASANNYA

Friday, August 22, 2008

catatan 23 Ogos 2008

Assalamualaikum pada semua,

Hari ini saya, ibu, kakak saya dan adik saya telah pergi melawat MAHA2008 di Serdang. Fuhh...seronok sungguh. Macam-macam saya dapat tengok. Ada buah-buahan, binatang dan sayur-sayur. Saya seronok sungguh tengok kambing dan ayam. Tapi saya kecewa kerana tak dapat tengok radeo ( koboi ). Pertunjukkan radeo tu malam. Tak sempat nak tengok. Saya menangis.... Saya juga nak cari itik. Juga tak jumpa. Frust sungguh. Tapi takpalah lainkali saya akan datang lagi tengok MAHA. Terima kasih Malaysia. Merdeka !

Thursday, August 21, 2008

Assalamualaikum pada semua. Saya nak cerita hari ini saya telah dirotan oleh ibu saya kerana saya tidak menyiapkan kerja rumah KUMON saya. Saya telah dirotan ditangan saya. Saya mengangis sekuat hati. Saya sedar itu salah saya tetapi saya rasa malas sangat nak menyiapkan kerja itu. Saya pun rasa malas sangat nak peri KUMON. Saya rasa letih. Tapi... apakan daya saya perlu belajar untuk jadi pandai. Maafkan saya ibu! Pada kawan-kawan jangan tiru macam saya. Kita mesti rajin untuk jadi pandai. Ok bye, jumpa lagi. Wassalam.