Saturday, August 23, 2008

Catatan 23 Ogos 2008

Assalamualaikum,

Hari ini aku pergi rumah Tok Busu di Tasik Kesuma Semenyih. Ada Tok Saudara aku dan makcik saudara aku dari Pasaman, Padang di Indonesia akan pulang ke Indonesia esok. Aku tak tahu sangat pasal Tok Saudara dari Indonesia ni tapi ibu aku cakap Onyang aku dulu asal orang Tolu di Indonesia. Apa pun kira ok lah aku ada saudara di Indonesia.

Tapi yang sedihanya, semasa aku nak balik, aku kena gigit oleh adik aku dalam kereta. Fuhhh.. sakit sungguh. Aku menangis sekuat hati. Ibu marah pada adik aku. Geram sungguh aku pada adik aku. Rasa nak tumbuk je. Tapi aku sedar dia kecil lagi masih belum faham. Oklah... mengantuk sangat ni. Nak tidur dulu. Byee. Wassalam

No comments: