Thursday, August 28, 2008

Cerita Teladan - RAJA YANG BURUK SIKU

Pada satu hari, ada seorang Raja. Dia suka makan ikan. Semua penduduk di negeri itu tidak suka pada Raja tersebut kerana Raja itu kedekut. Pada satu hari, sungai ditutup kerana airnya kotor. raja tidak boleh makan ikan. Selepas itu, Raja itu dapat satu idea. Dia berkata " sesiapa yang mahu menderma ikan kepada Raja, sila pergi ke istana. "
Keesokan harinya, seorang pemuda bernama Sobondo datang. pegawai istana berkata " Hei! Ini ikan betul ke tidak ? mari saya tengok." Sobondo menjawab, " ini ikan betul." Apabila Sobondo masuk ke dadalam istana, dia memberi ikan kepada Raja. Raja itu memberi hadiah kepada Sobondo. Namun tiba-tiba Raja itu mengambil semula hadiah itu. Sobondo balik dengan tangan kosong.
Moral :
Jangan menjadi 'buruk siku' seperti Raja.

Maksud peribahasa 'buruk siku' : Mengambil semula barang / hadiah yang telah diberi kepada orang lain.

Info Ikan Jelawat :
Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii. Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar. Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand

No comments: