Tuesday, August 26, 2008

Cerita teladan-Gagak Yang Baik Hati.

Info Burung Merak :
Burung Merak (bahasa Inggeris: Indian peafowl). Nama sainsnya Pavo cristatus.
Burung Merak adalah haiwan ber
darah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh burung Merak tidak bergigi.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor burung merak yang sombong.Merak merasakan dirinya paling cantik dan tidak mahu berkawan dengan haiwan lain.Ada juga burung gagak, bulu gagak hodoh. Merak ketawa "HAHAHA!!".

Ketika merak sedang mencari makan, kakinya terpijak perngkap yang dipasang oleh pemburu.Merak cuba melepaskan diri tetapi gagal.Bulunya dicabut oleh pemburu itu.Merak sangat menyesal dan terus menangis.Tiba-tiba gagak datang ke merak dan memujuknya.Merak amat terharu dan meminta maaf kerana selama ini dia bersikap sombong.
MORAL:
JANGAN MENJADI SEORANG YANG SOMBONG SEPERTI MERAK DAN JADILAH SEORANG YANG BAIK HATI SEPERTI GAGAK.

info burung gagak :
Burung Gagak adalah burung yang besar . Saiznya berbeza-beza antara Burung Jackdaw (Jackdaw Eurasia dan Jackdaw Daurian) yang agak kecil seolah-olah burung merpati sehingga ke Burung Raven Biasa yang besar di kawasan holarktik serta Burung Raven Paruh Tebal di tanah tinggi Ethiopia. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua benua beriklim sederhana (kecuali Amerika Selatan), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk Hawaii). Corvus brachyrhynchos

No comments: