Saturday, August 23, 2008

Cerita Teladan -Burung Yang Sombong.

Pada suatu hari, tinggal dua ekor burung iaitu Sang Merbah dan Sang Murai. Semasa Sang Murai sedang membuat sarang, Sang Merbah ketawakan akan Sang Murai.Dia berkata, “Buang masa sahaja engkau membuat sarang tiap-tiap hari,HAHAHA!”.Sang Murai tidak menghiraukan kata-kata Sang Merbah.

Keesokan harinya, sarang Sang Murai sudah siap dan dia sedia untuk bertelur. Sepuluh hari kemudian, telur-telur itu sudah menetas. Sang Murai bermain-main dengan anak-anaknya. Sang Murai mempunyai 3 ekor anak. Sang Merbah datang kearah Sang Murai dan berkata, “Comelnya anak-anak kamu, eh apa yang aku cakap ni?” Sang Murai pelik akan kata-kata Sang Merbah.

Pada malamnya, hujan turun dengan lebat.Sang Murai dan anak-anaknya dapat berlindung di dalam sarang mereka manakala Sang Merbah pula tidak ada tempat untuk berlindung daripada hujan.Oleh itu, Sang Merbah basah kuyup.

MORAL:
Kawan-kawan,janganlah kita mempunyai sifat berat tulang seperti Sang Merbah.Malahan kita mestilah mempunyai sifat ringan tulang seperti Sang Murai.
Info Burung Merbah :

Burung Merbah adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Merbah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merbah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan:
Sebagai burung, Burung Merbah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan:
Burung Merbah merupakan haiwan yang dilindungi di
Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Info Burung Murai :

Burung Murai Kampung ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Murai Kampung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Murai Kampung terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan
Sebagai burung, Burung Murai Kampung membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.


No comments: