Saturday, August 30, 2008

KEMERDEKAAN

Setiap tahun pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. perayaan ini disambut sebagai mengenang tarikh negara kita mendapat kebebasan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, jalur Gemilang akan dkibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, kedai dan rumah ( tempat tinggal )

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri Malaysia. Acara tersebut akan disetai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.



Tema Hari Kemerdekaan tahun 2009 : Perpaduan Teras Kejayaan
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

No comments: